BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009

Hari lahir Mak ke-46

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mak ke-46
21/9/2009 adalah hari yang paling gembira buat kami sekeluarga. Aku hanya dapat membuat sebiji kek, kali pertama kami sekeluarga meraikan sesuatu yang kami tidak pernah lakukan, walaupun keadaan mak yang tidak berapa sihat, namun kami tetap gembira meraikannya. Mak jatuh motor pada penghujung julai 2009 yang mengakibatkan bahu tangan kiri patah, dan kali kedua jatuh motor sekali lagi pada 3/9/2009 yang menyebabkan luka2 pada bahagian kedua-dua belah tangan dan kaki.
Dalam kegembiraan, ada kesedihan yang aku rasai..hanya Dia yang tahu isi hatiku..biarlah ia menjadi rahsia hidupku, apapun yang terjadi, aku sangat sayang mak dan abah serta adik2ku.
Semoga mak terus sihat dan gembira, serta dapat melihat kami adik beradik berjaya dalam hidup. Abah, semoga terus sihat dan kuat, ceria selalu seperti dahulu, kini dan selamanya. Buat adik2 tercinta, moga kalian terus mencapai kegemilangan dalam kehidupan dan dapat menggembirakan mak dan abah walaupun kita tidak dapat membalas jasa mereka, semoga kita sekeluarga bertemu di syurga milikNya yang kekal abadi..
Aku SAYANG semua

0 comments: