Bermula pada 28/9/09 hingga 30/9/09 (Isnin-Rabu), persidangan Bahasa Melayu Bahasa Dunia dijalankan. Bertemakan Bahasa Melayu Bahasa Dunia.
Tempat persidangan adalah di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru manakala Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pula merupakan tempat penginapan Pemakalah dan Peserta Persidangan. Perasmian dilaksanakana oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman yang merupakan Ucap Utama 1 pada persidangan ini. Pelbagai isu yang dibincangkan antara para makalah bersama peserta yang mengikuti persidangan ini. Ucap Utama II adalah Prof. Emeritus Dato' Dr Nik Safiah Karim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Pendeta (Dr) Haji Ismai Hussien pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Pada jam 12-1 tengah hari pula, Ucap Utama III diucapkan oleh Prof. Dr Abdul Hamid Mahmood yang dipegerusikan oleh Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz. Pada jam 7.30 malam, para pemakalah dan peserta persidangan dijemput menghadiri jamuan makan malam di Saujana yang merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Hadirin dihiburkan dengan pelbagai tarian dan nyanyian oleh Yayasan Warisan Johor. Makan malam adalah berkonsepkan gerai yang memberi peluang kepada hadirin untuk memilih hidangan.
Berikut merupakan sesi yang dihadiri oleh peserta:
Hari Kedua:
Sesi i:
Pembentang i : Prof. Wu Zongyu(China): Kedegilan Memperjuangkan BM di China
Pembentang ii : Prof. Madya Dr. Kyoko Funada(Jepun): BM sbg Bahasa Internasional
Pembentang iii : Encik Rusli Ghani(DBP): Bahasa Utama Dunia: Apa tandanya?
Pengerusi : Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan(UM)
Hari Ketiga:
Sesi ii:
Pembentang i : Prof. Dr Awang Sariyan(BFSU): Merealisasikan BM sbg Bhs Dunia melalui Jaringan Kerja yang Terancang & Berkesan
Pembentang ii : Prof. Madya Dr Victor Pogadaev(Rusia): BM Merentas Sempadan Dunia
Pembentang iii : Prof. Dr Hasanuddinws(Indonesia): Pengembangan Istilah & Kosa Kata
Pengerusi : Dr Haji Abdul Ghani b. Haji Abu(UPSI)
Sesi iii:
Pembentang i : Prof. Madya Dr Kamsiah Abdullah(Singapura): Hasil Kajian Tahun 0708
Pembentang ii : Dr Fazal Mohamed(UKM): Sintaksis Kata Soal Argumen Dialek Utama
Pembentang iii : Puan Rosalind Gelunu(IPGM): Penguasaan BM sbg Bhs Kedua Bumiputera Sabah
Pembentang iv : Puan Ainon Ahmad(PTS): Pasaran Buku BM dalam Negara
Pengerusi : Encik Rusli Ghani(DBP)
Sesi iv:
Pembentang 1 : Dr Muhammad Shaiful Haq(UM): Standardisasi Bahasa
Pembentang ii : Dr. Talib Samat(UPSI): BM Memantapkan Penulisan Kreatif di UPSI
Pembentang iii : Prof. Madya Dr Inderawati Zahid: Prosidi Melayu dlm P&P BM
Pengerusi : Dr Seri Lanang Jaya Haji Rohani(UPSI)
Sesi v :
Pembentang i : En. Ahmad Hakimi(UM): Pembentukan BM sbg Bhs Dunia
Pembentang ii : Prof Madya Dr Paitoon Chaiyanara(Thailand): BM Patani: Nahu FN
Pembentang iii : En. Nik Hassan Basri(UPSI): BM Global: Dahulu & Kini
Pembentang iv : YB Dato' Dr Firdaus: DBP sbg Ejen Diplomasi Budaya
Pengerusi : Tuan Haji Dzul Karnain Asmawi(YWJ)
Hari Keempat:
Forum : Bahasa Melayu Bahasa Dunia
Panel : Dato' Dr Haji Hassan b. Ahmad
: Prof. Madya Dato' Haji Zainal Abidin
: Prof. Emeritus Abu Bakar Hamid
Pengerusi: Tuan Haji Md Ismail Zamzam (YWJ)
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Jama b. Borhan iaitu Pengarah YWJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa. Ucapan sambutan pula oleh Dekan Fakulti Bahasa UPSI meraangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Bersama Persidangan Antarabangsa. Majlis Penutupan Rasmi Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, YB Puan Asiah bt. Md Ariff
Thursday, October 1, 2009
Bahasa Melayu Bahasa Dunia
Posted by Haf_da87 at 11:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment