BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 8, 2009

4 hari yang lalu

Aku pulang ke kampung, kerinduan terhadap keluarga tercinta menggamit diriku agar pulang segera, dalam gembira ada duka yang terpaksa aku tempuhi, aku rindu mak, abah dan adik2.. tibanya aku di rumah, aku menangis, untuk apa aku tidak tahu, 4 hari di kampung, terasa begitu cepat, kini aku kembali lagi ke UPSI, tinggal sayang tinggal kenangan, aku doakan mak & abah segera sembuh, dan adik2 terus cemerlang dalam peperiksaan..

Waktu kat kampung, aku bermain dengan anak ular sawa, ikut kepercayaan orang melayu, anak lelaki tidak boleh bersiul pada waktu malam kerana dikhuatiri ular akan masuk rumah.. tapi aku pula yang bawa ular masuk rumah:)
sebenarnya orang melayu nie kaya dengan pelbagai pantang larang, kalau nak sebut satu persatu memang tak habis, tapi biar aku beritahu beberapa pantang larang yang agak janggal bunyinya tapi ada logiknya..

Pantang Larang ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tidak boleh berdiri bertindih kaki, nanti dikatakan jauh rezeki.

Pantang Larang ketika Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu

Pantang Larang ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

0 comments: