BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009

Hari lahir Mak ke-46

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mak ke-46
21/9/2009 adalah hari yang paling gembira buat kami sekeluarga. Aku hanya dapat membuat sebiji kek, kali pertama kami sekeluarga meraikan sesuatu yang kami tidak pernah lakukan, walaupun keadaan mak yang tidak berapa sihat, namun kami tetap gembira meraikannya. Mak jatuh motor pada penghujung julai 2009 yang mengakibatkan bahu tangan kiri patah, dan kali kedua jatuh motor sekali lagi pada 3/9/2009 yang menyebabkan luka2 pada bahagian kedua-dua belah tangan dan kaki.
Dalam kegembiraan, ada kesedihan yang aku rasai..hanya Dia yang tahu isi hatiku..biarlah ia menjadi rahsia hidupku, apapun yang terjadi, aku sangat sayang mak dan abah serta adik2ku.
Semoga mak terus sihat dan gembira, serta dapat melihat kami adik beradik berjaya dalam hidup. Abah, semoga terus sihat dan kuat, ceria selalu seperti dahulu, kini dan selamanya. Buat adik2 tercinta, moga kalian terus mencapai kegemilangan dalam kehidupan dan dapat menggembirakan mak dan abah walaupun kita tidak dapat membalas jasa mereka, semoga kita sekeluarga bertemu di syurga milikNya yang kekal abadi..
Aku SAYANG semua

Tuesday, September 22, 2009

Kenangan Pagi Raya

Pagi yang hening

Malam Syawal disambut dengan suara takbir kaum adam dr rumah ke rumah di kampungku..sungguh tenang dirasakan..
Pagi Syawal adalah waktu yang ditunggu2, persiapan ahli keluarga untuk makan pagi bersama-sama, disamping memakai pakaian yang sungguh cantik, berwarna-warni melambangkan kemeriahan pagi Aidilfitri yang ingin disambut, semuanya kelihatan sempurna bagiku..
Bersalam-salaman antara ahli keluarga yang didahului oleh mak, aku dan adik2..adalah suasana yang pilu namun ada riak gembira pada setiap wajah..
Tangisan memohon keampunan kepada abah dan mak...semuanya masih bermain dibenak fikiranku..
soalat sunat Aidilfitri ditunaikan, di surau berhampiran rumahku, kehadiran para muslimin dan muslimat dengan wajah yang ceria dan berpakaian beraneka warna sungguh meriah..suara imam melafazkan takbir raya, disusuli dengan kutbah raya..aku tertidur, almaklumlah malam raya tidur lewat..
Kehadiran sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan..menambahkan kegembiraan hari raya..
Semuanya sungguh indah hingga hari ini..
Aku ingin memohon kemaafan kepada semua insan yang mengenali diriku, andai ada salah dan silap yang pernah aku lakukan..
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 8, 2009

4 hari yang lalu

Aku pulang ke kampung, kerinduan terhadap keluarga tercinta menggamit diriku agar pulang segera, dalam gembira ada duka yang terpaksa aku tempuhi, aku rindu mak, abah dan adik2.. tibanya aku di rumah, aku menangis, untuk apa aku tidak tahu, 4 hari di kampung, terasa begitu cepat, kini aku kembali lagi ke UPSI, tinggal sayang tinggal kenangan, aku doakan mak & abah segera sembuh, dan adik2 terus cemerlang dalam peperiksaan..

Waktu kat kampung, aku bermain dengan anak ular sawa, ikut kepercayaan orang melayu, anak lelaki tidak boleh bersiul pada waktu malam kerana dikhuatiri ular akan masuk rumah.. tapi aku pula yang bawa ular masuk rumah:)
sebenarnya orang melayu nie kaya dengan pelbagai pantang larang, kalau nak sebut satu persatu memang tak habis, tapi biar aku beritahu beberapa pantang larang yang agak janggal bunyinya tapi ada logiknya..

Pantang Larang ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tidak boleh berdiri bertindih kaki, nanti dikatakan jauh rezeki.

Pantang Larang ketika Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu

Pantang Larang ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

Nuzul Al-Quran dan keagungan Malam LailatulQadar

Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran.

merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah al-Alaq.


Malam Lailatul Qadar, malam yang dinantikan semua umat islam dalam bulan Ramadhan.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada Lailatul Qadr.” (QS a,-Qadr:1)

Banyak ayat dan hadits yang menyebutkan keutamaan dan keagungan Lailatul Qadr, baik secara
tersurat maupun tersirat. Diantaranya :
~ Lailatul Qadr nilainya lebih baik dari seribu bulan, Artinya ibadah yang kita lakukan pada malam tersebu jauh lebih baik dari beribadah seribu bulan (QS al-Qadr :3)
~ Malam tersebut penuh dengan keberkahan (kebaikan yang melimpah). Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam yang penuh keberkahan (QS. Al-Dukhaan:3)
~ Malam tersebut penuh dengan ampunan. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang menghidupkan Lailatul Qadr (dengan ibadah) semata-mata karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu,” (HR Bukhari)
~ Malam tersebut adalah malam dimana para malaikat makhluk Allah yang suci turun ke dunia
untuk memberikan salam kepada hamba-hamba Allah yang taat beribadah kepada-Nya (QS al-Qadr:5)

Lailatul Qadr dapat kita ketahui dari tanda-tandanya. Ahli hadits seperti Muslim, Ahmad, Abu Daud, dan Turmudzi meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Saat terjadi Lailatul Qadr, malam terasa jernih, terang, dan tenang. Cuaca Sejuk. Tidak terasa panas. Tidak terasa dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan terang benderang tanpa tertutup satu awan.”

Semoga Allah SWT berkenan memberikan kita kemuliaan malam Qadr tersebut. Aamiin yaa Mujiibas Saaliliin.