Monday, June 18, 2012
Tuesday, January 26, 2010
sepi seorang perantau
Telah lama aku tinggalkan blog ini..hampir stgh tahun lamanya..
kini aku kembali ingin mencoret kisah aku bersama teman, dia, keluarga.
Aku makin dewasa, bnyk perkara aku telah bljar disini..
bersama teman2, aku kah yang bersalah? persahabatan makin renggang, dimana silapnya,
aku rindu saat2 dahulu..andai ini takdir pjalanan hidupku..
sesungguhnya aku redha ya Allah..
kepada keluarga, aku banyak melakukan kesalahn..maafkan anakanda,
Ya Allah, Kau Maha Mengethaui..bawalah aku kembali pulang..
sesungguhnya aku merindui kedamaian dan ketenangan drpdMu..
dan buat dirimu yang jauh disana, aku benar2 merinduimu..
bawalah aku ke jalan benar, sesungguhnya aku amat merindui kata2 nasihat dan perangsang drpdmu..
Posted by Haf_da87 at 10:17 PM 0 comments
Saturday, October 3, 2009
Malam Interaksi & Perpaduan
Anjuran pelajar semester 3 Pendidikan Bahasa Melayu, diadakan di Auditorium Utama pada 2 Oktober 2009. Bertemakan Serumpun Bahasa, Ukhwah Terbina, Mesra Bersama. Program ini diadakan bagi meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru Pendidikan Bahasa Melayu dari semester 1 ke UPSI disamping mengeratkan ukhwah antara para pelajar dan pensyarah-pensyarah. Jamuan diadakan pada jam 7.30 malam hingga 8.30 malam. Majlis dihadiri oleh Dr. Idris sebagai Penasihat Persatuan BM bersama beberapa orang pensyarah Bahasa Melayu iaitu En. Samsudin Suhaili, En. Ariff Mohamad, dan Dr. Rashid. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dan bacaan suci ayat Quranulkarim oleh Azman. Setiap wakil pelajar dari semester 1, 3, 5, dan 7 telah melakukan persembahan yang menarik. Tidak ketinggalan deklamasi puisi oleh En. Ariff dan lagu oleh Dr. Rashid. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.
:> Persembahan nasyid daripada Pelajar Semester 1
Persembahan Pelajar Semester 3 : Puisidra <:
:> Persembahan Drama Pelajar Semester 5
Persembahan Pelajar Semester 7 : Drama <:
dan Puisi
Posted by Haf_da87 at 12:39 PM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
Bait-bait indah
Terbiar kumbang di tengah hutan,
Terbang hinggap di akar hutan,
Biar badai gelombang di lautan,
Di hati kita mesra bertautan
Buah peria di dalam dulang,
Pelita emas bertukar suasa,
Idea cendiakawan sungguh terbilang,
Jadi agenda memperkukuh bahasa.
Jauh Bulan dari Bumi,
Jauh Timba dari Perigi,
Jauh Pulut dari Inti,
Jauh Panggang dari Api,
Jauh Gulai dari Nasi.
Menjelang petang kita ke desa,
Gemilang bahasa kerana bangsa,
Demikian matlamat Persidangan Antarabangsa Bhs Melayu Bahasa Dunia.
Steven- Determind that create Language
"Bangsa Maju kerana Bahasa Maju"
Salah & silap maaf dipinta.
Posted by Haf_da87 at 12:49 PM 0 comments
Bahasa Melayu Bahasa Dunia
Bermula pada 28/9/09 hingga 30/9/09 (Isnin-Rabu), persidangan Bahasa Melayu Bahasa Dunia dijalankan. Bertemakan Bahasa Melayu Bahasa Dunia.
Tempat persidangan adalah di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru manakala Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pula merupakan tempat penginapan Pemakalah dan Peserta Persidangan. Perasmian dilaksanakana oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman yang merupakan Ucap Utama 1 pada persidangan ini. Pelbagai isu yang dibincangkan antara para makalah bersama peserta yang mengikuti persidangan ini. Ucap Utama II adalah Prof. Emeritus Dato' Dr Nik Safiah Karim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Pendeta (Dr) Haji Ismai Hussien pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Pada jam 12-1 tengah hari pula, Ucap Utama III diucapkan oleh Prof. Dr Abdul Hamid Mahmood yang dipegerusikan oleh Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz. Pada jam 7.30 malam, para pemakalah dan peserta persidangan dijemput menghadiri jamuan makan malam di Saujana yang merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Hadirin dihiburkan dengan pelbagai tarian dan nyanyian oleh Yayasan Warisan Johor. Makan malam adalah berkonsepkan gerai yang memberi peluang kepada hadirin untuk memilih hidangan.
Berikut merupakan sesi yang dihadiri oleh peserta:
Hari Kedua:
Sesi i:
Pembentang i : Prof. Wu Zongyu(China): Kedegilan Memperjuangkan BM di China
Pembentang ii : Prof. Madya Dr. Kyoko Funada(Jepun): BM sbg Bahasa Internasional
Pembentang iii : Encik Rusli Ghani(DBP): Bahasa Utama Dunia: Apa tandanya?
Pengerusi : Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan(UM)
Hari Ketiga:
Sesi ii:
Pembentang i : Prof. Dr Awang Sariyan(BFSU): Merealisasikan BM sbg Bhs Dunia melalui Jaringan Kerja yang Terancang & Berkesan
Pembentang ii : Prof. Madya Dr Victor Pogadaev(Rusia): BM Merentas Sempadan Dunia
Pembentang iii : Prof. Dr Hasanuddinws(Indonesia): Pengembangan Istilah & Kosa Kata
Pengerusi : Dr Haji Abdul Ghani b. Haji Abu(UPSI)
Sesi iii:
Pembentang i : Prof. Madya Dr Kamsiah Abdullah(Singapura): Hasil Kajian Tahun 0708
Pembentang ii : Dr Fazal Mohamed(UKM): Sintaksis Kata Soal Argumen Dialek Utama
Pembentang iii : Puan Rosalind Gelunu(IPGM): Penguasaan BM sbg Bhs Kedua Bumiputera Sabah
Pembentang iv : Puan Ainon Ahmad(PTS): Pasaran Buku BM dalam Negara
Pengerusi : Encik Rusli Ghani(DBP)
Sesi iv:
Pembentang 1 : Dr Muhammad Shaiful Haq(UM): Standardisasi Bahasa
Pembentang ii : Dr. Talib Samat(UPSI): BM Memantapkan Penulisan Kreatif di UPSI
Pembentang iii : Prof. Madya Dr Inderawati Zahid: Prosidi Melayu dlm P&P BM
Pengerusi : Dr Seri Lanang Jaya Haji Rohani(UPSI)
Sesi v :
Pembentang i : En. Ahmad Hakimi(UM): Pembentukan BM sbg Bhs Dunia
Pembentang ii : Prof Madya Dr Paitoon Chaiyanara(Thailand): BM Patani: Nahu FN
Pembentang iii : En. Nik Hassan Basri(UPSI): BM Global: Dahulu & Kini
Pembentang iv : YB Dato' Dr Firdaus: DBP sbg Ejen Diplomasi Budaya
Pengerusi : Tuan Haji Dzul Karnain Asmawi(YWJ)
Hari Keempat:
Forum : Bahasa Melayu Bahasa Dunia
Panel : Dato' Dr Haji Hassan b. Ahmad
: Prof. Madya Dato' Haji Zainal Abidin
: Prof. Emeritus Abu Bakar Hamid
Pengerusi: Tuan Haji Md Ismail Zamzam (YWJ)
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Jama b. Borhan iaitu Pengarah YWJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa. Ucapan sambutan pula oleh Dekan Fakulti Bahasa UPSI meraangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Bersama Persidangan Antarabangsa. Majlis Penutupan Rasmi Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, YB Puan Asiah bt. Md Ariff
Posted by Haf_da87 at 11:18 AM 0 comments
Thursday, September 24, 2009
Hari lahir Mak ke-46
Dalam kegembiraan, ada kesedihan yang aku rasai..hanya Dia yang tahu isi hatiku..biarlah ia menjadi rahsia hidupku, apapun yang terjadi, aku sangat sayang mak dan abah serta adik2ku.
Semoga mak terus sihat dan gembira, serta dapat melihat kami adik beradik berjaya dalam hidup. Abah, semoga terus sihat dan kuat, ceria selalu seperti dahulu, kini dan selamanya. Buat adik2 tercinta, moga kalian terus mencapai kegemilangan dalam kehidupan dan dapat menggembirakan mak dan abah walaupun kita tidak dapat membalas jasa mereka, semoga kita sekeluarga bertemu di syurga milikNya yang kekal abadi..
Aku SAYANG semua
Posted by Haf_da87 at 10:04 AM 0 comments