BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 17, 2009

Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia

JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika bersembahyang. "Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja. 
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini. Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuk darah. 
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya. Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga ia tidak dapat diterima oleh akal fikiran. 
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi."Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya. Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal. 
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. 
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara lebih normal." tambahnya.
Wartawan - Shahputra


0 comments: