Selamat Menyambut bulan Ramadhan kpd semua muslimin & muslimat, moga Ramadhan kali ni lebih bermakna & mendapat ganjaran pahala berlipat ganda serta diberkati-Nya dalam setiap perkara kebaikan yang dilakukan..
Ramadhan datang lagi
bersimpuh malu antara bulan mulia
dan aku menyahut cintamu
membersih noda dan dosa
aku lihat kau tersenyum berseri
memberi nikmat dan syafaat
terangmu membawa cahaya
dimalam suci menanam taqwa
menyubur jiwa
aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
terimalah senyuman tulus ikhlasku
moga hati ini dekat padaNya
10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN
1. Berbuka dengan membaca doa.
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
3. Bolehlah makan nasi & "noodles"
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Berhenti makan sebelum kenyang.
8. Lebihkan minum air.
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:
Nasi putih Oats/ Nestum , Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.